Pengenalan


-         Rumah penting kepada manusia. Terdapat 3 kepentingan rumah :

1.      memberikan perlindungan
rumah melindungi keluarga kita daripada hujan dan panas. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya.

2.      Menyediakan keselesaan
terdapat pelbagai ruang dalam rumah. Ruang tamu berfungsi menyediakan tempat untuk kita beristirehat dan berinteraksi sesama anggota keluarga

3.      Mewujudkan kemesraan

 di rumah, kita dapat makan dan berbincang bersama-sama anggota keluarga. Anggota keluarga juga dapat merayakan hari perayaan, mengadakan majlis hari jadi dan kenduri. 

1 comment: